Wednesday, March 31, 2010

Bengkel Kepimpinan Unit Kokurikulum



Tarikh : 31 Mac 2010 ( Rabu )
Tempat : Dewan Sinar SK Seksyen 9, Shah Alam
Masa : 7.30 pagi -1.00 tengahari

Dalam usaha mewujudkan satu badan kepimpinan yang berkesan pelbagai usaha telah dijalankan yang bertujuan untuk memantapkan lagi ciri-ciri kepimpinan dalam diri murid-murid yang bergelar pemimpin kecil dalam sesebuah organisasi kokurikulum seperti Badan Beruniform, Kelab, Persatuan, Sukan dan Permainan.

Unit Kokurikulum telah mengambil langkah yang proaktif bagi mencapai maksud ini. Justeru itu, satu bengkel telah diadakan agar matlamat ini dapat direalisasikan .

Murid-murid yang dilantik perlu diberi pendedahan dengan lebih mendalam tentang kepimpinan agar karisma dan keterampilan diri dapat dipertingkatkan.

Monday, March 29, 2010

Majlis Pelancaran Blog Unit Bimbingan & Kaunseling SKS 9, Shah Alam


Tarikh : 29 Mac 2010 ( Isnin )
Masa : 7.40 pagi
Tempat : Dewan Sinar
Perasmi: Guru Besar ( Pn. Hjh Paridah Anum bt Tajudin )

Blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Seksyen 9, Shah Alam ini telah dilancarkan pada hari ini seperti tarikh di atas dan blog ini juga mengandungi banyak info serta maklumat-maklumat terkini yang dapat digunapakai oleh semua guru dan murid. Diharapkan agar blog ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh semua warga SK Seksyen 9, Shah Alam.

Selamat Maju Jaya!

Saturday, March 27, 2010

Program Maju Diri 2010, SKS 9, Shah Alam , Selangor


Tarikh : 26 mac 2010
Masa : 7.30 pagi
Tempat : SK Seksyen 9, Shah Alam
Sasaran : Murid tahun 4 hingga 6

Program Maju Diri ini merupakan salah satu pendekatan dan diharapkan dapat memberikan sesuatu yang bermakna kepada para pelajar untuk menghadapi pelajaran, kehidupan seharian dan haluan masa depan mereka. Dengan pendedahan dalam kursus yang diberikan diharap pelajar akan dapat mendedahkan potensi diri dan membina keyakinan diri yang tinggi bagi menghadapi pelajaran. Selain dari itu mereka juga dapat menyuntikkan semangat baru antara satu sama lain bagi mengubah sikap, sahsiah, penampilan diri dan dalam hal menghadapi peperiksaan.

Pada hakikatnya setiap pelajar mempunyai potensi diri. Seringkali potensi tersebut terselindung dan akhirnya terkubur. Keadaan ini berlaku apabila persekitarannya tidak dapat membantu pelajar itu mengenali dan meneroka malah membunuh potensi tersebut. Pada akhirnya pelajar itu akan melihat dirinya serba kekurangan. Hasil daripada konsep kendiri yang lemah itu maka tercetuslah pelbagai permasalahan yang sukar diatasi oleh dirinya sendiri. Lantaran itu juga, ianya akan mengarah kepada ketidakkeyakinan diri dan seterusnya memperlihatkan seseorang itu tidak berkeupayaan. Oleh itu, pelajar perlu diberikan input yang berbentuk peningkatan keintelektualan bagi memberi keyakinan yang tinggi terhadap diri mereka.

Kem Matematik SKS 9, Shah Alam


Tarikh : Satu bulan sekali ( Jumaat )
Masa : 2.30 pagi
Tempat : SK Seksyen 9, Shah Alam
Sasaran : Murid tahun 6
Anjuran : Panatia Matematik

Bagi melahirkan murid yang boleh menguasai matematik terutamanya murid yang akan mengambil peperiksaan UPSR maka Panatia Matematik telah mengambil langkah untuk mengadakan Kem Matematik bagi membimbing murid dalam kategori HALUS agar mereka dapat menguasai matematik dengan lebih baik.
Kem ini juga melibatkan semua guru matematik di SK Seksyen 9 dan juga mendapat bantuan daripada Pelajar UITM dari fakulti Sains Gunaan sebagai guru pembimbingnya.

Majlis Pentauliahan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber ,Pengawas Musolla & J-Qaf, PRS, Ketua & Penolong Ketua Kelas


Tarikh : 24 mac 2010 ( Rabu )
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Sinar, SK Seksyen 9, Shah Alam

Dalam usaha mewujudkan satu badan kepimpinan yang berkesan pelbagai usaha telah dijalankan termasuklah kursus turut dianjurkan bagi mewujudkan satu organisasi yang beriltizam tinggi , bertanggungjawab serta Komited di dalam memperkasakan barisan pemimpin yang lebih cemerlang, berwibawa dan berketerampilan khasnya dalam persediaan untuk memenuhi hasrat falsafah Pendidikan Negara ( FPN) serta cabaran Wawasan 2020.

Setelah didedahkan dengan bidang tugas dan peranan badan kepimpinan ini dengan ilmu yang disalurkan semasa kursus dan juga taklimat dari masa kesemasa oleh guru penasihat maka dianjurkan pula program khas untuk mentauliahkan pemimpin kecil ini di sekolah.

Disamping itu juga satu ceramah khas telah dijalankan semasa pentauliahan ini yang telah disampaikan oleh polis dan seterusnya sijil pemimpin kecil ini juga turut disampaikan semasa program ini.

Friday, March 5, 2010

Program Sepak Mula Liga Bola Sepak 2010, Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia


Tarikh :27 Februari 2010
Masa :8.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat :Padang SKS 9, Shah Alam
Perasmian oleh : Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Sekolah SK Seksyen 9, Shah Alam telah dipilih sebagai tuan rumah untuk mengelolakan Majlis Pelancaran dan Sepak Mula Liga Bola Sepak KPM tahun 2010. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia .Perlawanan pada hari itu adalah Perlawanan Piala Sumbangsih antara pasukan Selangor dan Kedah.

Aktiviti Semasa Relief

Tuesday, March 2, 2010

Bengkel Kepimpinan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua & Penolong Ketua Kelas


Tarikh :10 Februari 2010
Hari :Rabu
Masa :7.30 pagi – 1.00 t/hari

Dalam usaha mewujudkan satu badan kepimpinan Pengawas, Ketua Kelas dan Pengawas Pusat Sumber yang berkesan pelbagai usaha telah dijalankan. Unit Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling mengambil langkah yang proaktif bagi mencapai maksud ini . Justeru, satu program diadakan agar matlamat ini dapat direalisasikan .

Misi
'Melahirkan Pemimpin Yang Towering Personality'
Visi
Mewujudkan satu Organisasi yang Beriltizam Tinggi , Bertanggungjawab serta Komited di dalam Memperkasakan barisan pemimpin

Program Menulis Surat Kepada PM


Tarikh : 2 Februari 2010
Hari : Selasa
Masa : 8.00 pagi 10.00 pagi

Semua murid dari tahun 3 hingga 6 telah menyertai Program Menulis Surat Kepasa PM. Program anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama panatia Bahasa Melayu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua murid. Surat-surat yang telah ditulis di tapis oleh semua guru bahasa melayu disekolah ini dan yang layak diposkan bersama kepada pihak penganjur.

Program Permuafakatan Ibubapa Tahun 6 & Majlis Jalinan Kasih


Tarikh : 20 Februari 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 Ptg

Ibu bapa telah diwariskan oleh Allah s.w.t dengan suatu tugasan serta tanggungjawab penting kearah mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang. Setiap ibubapa berhasrat untuk menjadikan anak-anak mereka sejahtera dan bahagia, berjaya dan berguna. Di samping itu mereka sendiri mahu menjadi ibu bapa yang berkesan dan berjaya.
Kejayaan dan kebahagiaan anak-anak adalah harapan bagi setiap ibubapa. Walaupun begitu, ramai di antara mereka tidak dapat memenuhi segala impian tersebut. Sungguhpun mereka dahulunya mungkin tidak dapat mengecap kebahagiaan , dan kurang pula kemampuan untuk memberikan kebahagiaan kepada anak-anak, mereka tetap ingin mendidik anak-anak untuk mencapai kejayaan yang lebih baik dari mereka.
Ibu bapa tidak mahu melihat anak-anak mewarisi kegagalan dan penderitaan. Segala doa dan usaha mereka ialah untuk anak-anak berjaya, cemerlang di dunia dan di akhirat.
Demi memenuhi hasrat ini maka Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama guru tahun 6 telah menganjurkan program yang bermunafaat ini untuk kebaikan semua pihak. Ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh seorang ustaz yang telah ditaja oleh Puan Munirah Mohammad iaitu ibu kepada seorang murid tahun 6. Di dalam program ini juga disertakan sekali taklimat oleh guru tahun 6 mengenai matapelajaran dan Program Jalinan Kasih ( Mento-mentee )

Majlis Akujanji Murid SKS 9 2010


Tarikh :18 Januari 2010
Hari :Isnin
Masa :7.30 pagi – 8.10 Pagi

Semua murid berikrar dan melafazkan janji agar menjadi seorang murid yang mengikut peraturan sekolah dan sentiasa mempunyai sikap yang ingin belajar dan berjaya demi masa depan yang cemerlang. Semua murid juga perlu menandatangani borang akujanji dan akan disimpan di dalam fail peribadi masing-masing.

Minggu Orientasi Tahun 1 SKS 9 2010


Tarikh : 02 Januari 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Sinar SK Seksyen 9, Shah Alam

Orientasi tahun 1 merupakan program yang sememangnya dilaksanakan pada setiap awal tahun dan merupakan salah satu program yang wajib dilaksanakan di SKS 9. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid dengan alam persekolahan dan untuk membiasakan diri dengan suasana persekitaran yang baru bagi mereka. Program ini juga diadakan adalah bertujuan untuk menghilangkan rasa takut dan gugup di kalangan murid-murid terutamanya yang belum biasa menjejakkan kaki ke alam persekolahan seperti Tadika atau pun Pra Sekolah.