Wednesday, February 17, 2010

Pembimbing Rakan Sebaya SKS 9




Pembimbing Rakan Sebaya

Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diadakan adalah untuk melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.


Selain itu, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal.


Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang. Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masaalah.
Program ini merangkumi bidang yang luas termasuk membantu mempelajari Teknologi Maklumat, Pembelajaran Bestari, Cara Belajar, malah digunakan dalam kempen anti dadah.
Program Pembimbing Rakan Sebaya Anti Dadah pula dimulakan pada awal tahun 2001.


Program ini menekankan kepada konsep role model iaitu bekas penagih yang berjaya mengikuti program Pembimbing Rakan Sebaya dengan baik dan berkesan dijadikan sebagai peer educator.


Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pembimbing_Rakan_Sebaya

Friday, February 12, 2010

Kursus PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) Bagi Penolong-Penolong Kanan Sekolah Rendah Daerah Petaling Perdana



ANALISIS KURIKULUM

Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) dijelmakan daripada Huraian Sukatan Matapelajaran.

Di dalam JSU terdapat objektif pentaksiran yang mana ianya diambil daripada
Huraian Sukatan Matapelajaran

JSU merupakan satu grid hubungan antara konteks / konstruks / instrumen bagi
pentaksiran satu-satu matapelajaran pada setiap peringkat peperiksaan, iaitu
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR),
Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan)

JSU mengandungi:
1. Grid hubungan konteks/konstruk/instrumen
2. Senarai elemen, aspek dan kriteria

JSU membantu penulis item tentang konstruk apa yang hendak
diukur, selari dengan tujuan pentaksiran, iaitu mengukur apa yang hendak
diukur.

Cadangan Program Anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling 2010



Bilik Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKS9


PROGRAM & TARIKH

1.Orientasi Tahun 1 ~2 Januari
2.Program Transisi Tahun 1 ~4 - 15 Januari
3.Dialog Ibubapa/penjaga tahun 1-6 ~16 Januari
4.Program Promosi UBK ~20 - 23 Januari
5.Permuafakatan LINUS dan Pemulihan ~6 Februari
6.Bengkel Kepimpinan ~12 Februari
7.Lantikan Pengawas, Ketua kelas,Penolong ketua kelas &
Pengawas pusat sumber ~1 Mac
8.Program Teknik Menjawab Tahun 4&5 ~2 Mac
9.Pelancaran Program Jalinan Kasih ~3 Mac
10.Program Maju Diri ~23 - 25 Mac
11.Ceramah Motivasi Tahun 6 ~26 Mac
12.Program Latihan Kebakaran ~30 Mac
13.Kursus Kepimpinan AJK Kokurikulum ~31 Mac
14.Pemuafakatan tahun 2 dan ~33 April
15.Ceramah Keselamatan ~13 April
16.Permuafakatan Tahun 4 dan 5 ~17 April
17.Teknik Menjawab Soalan Tahun 6 ~20 - 22 April
18.Program Perkembangan Staf ~14 Mei
19.Sambutan Hari Guru ~17 Mei
20.Program Perkembangan Staf ~26 Jun
21.Lawatan Unit Bimbingan & Kaunseling ~30 Jun
22.Latihan Kebakaran ~1 Julai
23.Minggu Anti Dadah ~12 - 16 Julai
24.Program Keselamatan ~29 Julai
25.Program Perkembangan Staf ~31 Julai
26.Pelancaran Bulan Kemerdekaan ~3 Ogos
27.Program Teknik Menjawab Soalan Tahun 4 & 5 ~4 Ogos
28.Program Teknik Menjawab Soalan Tahun 6 ~6 - 8 Ogos
29.Sambutan Hari Kebangsaan ~30 Ogos
30.Program Selepas UPSR ~Selepas UPSR
31.Karnival Kokurikulum ~2 September
32.Sambutan Hari Kemerdekaan ~3 September
33.Ceramah Awal Remaja ~5 Oktober
34.Ceramah Kerjaya ~7 Oktober
35.Lawatan ~12 Oktober
36.Taklimat Ke Tingkatan 1 ~14 Oktober
37.Program Perkembangan Staf ~ 23 Oktober
38.Sambutan Hari Kanak-kanak ~26 Oktober
39.Sambutan Hari Kokurikulum ~29 Oktober
40.Anugerah Cemerlang ~20 November
41.Sesi Kaunseling Individu ~Bila-bila masa/mengikut jadual
42.Sesi kaunseling kelompok ~Bila-bila masa/mengikut jadual
43.Sesi bimbingan individu ~Bila-bila masa/mengikut jadual
44.Sesi bimbingan kelompok ~Bila-bila masa/mengikut jadual
45.Konsultasi ibu bapa ~Bila-bila masa/mengikut jadual

NOTA :
TARIKH DAN MASA PROGRAM TIDAK SEMESTINYA TEPAT DAN TERTAKLUK KEPADA SEBARANG PERUBAHAN DAN KELULUSAN PIHAK SEKOLAH.