Friday, February 12, 2010
Kursus PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) Bagi Penolong-Penolong Kanan Sekolah Rendah Daerah Petaling Perdana
ANALISIS KURIKULUM
Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) dijelmakan daripada Huraian Sukatan Matapelajaran.
Di dalam JSU terdapat objektif pentaksiran yang mana ianya diambil daripada
Huraian Sukatan Matapelajaran
JSU merupakan satu grid hubungan antara konteks / konstruks / instrumen bagi
pentaksiran satu-satu matapelajaran pada setiap peringkat peperiksaan, iaitu
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR),
Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan)
JSU mengandungi:
1. Grid hubungan konteks/konstruk/instrumen
2. Senarai elemen, aspek dan kriteria
JSU membantu penulis item tentang konstruk apa yang hendak
diukur, selari dengan tujuan pentaksiran, iaitu mengukur apa yang hendak
diukur.