Saturday, August 28, 2010
Selamat Hari Raya Eidullfitri Maaf Zahir Batin buat warga SKS 9
Jangan lupa sembahyang raya, bermaaf-maafan sesama kita..Jangan main mercun yer...Jangan lupa pada orang-orang yang miskin dan kekurangan di hari raya..
IKHLAS DARIPADA GURU-GURU SKS 9 & UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SKS9
Saturday, August 14, 2010
Tazkirah Ramadhan: TIPU DAYA SYAITAN SEMASA SAKARATUL MAUT
Semasa manusia menghadapi sakaratul maut, syaita-syaitan datang lalu menyamar menyerupai orang-orang yang sangat dicintai oleh orang yang nazak tadi, tetapi mereka itu telah mati seperti ibu, bapa atau abangnya yang telah mati.
Syaitan yang menyamar tadi duduk di kiri dan kanan manusia sambil berusaha keras untuk menyesat dan mengodanya.
"Mungkin engkau akan mati sebentar lagi, kami telah mengalaminya terlebih dahulu. Kami merasakan mati sebagai Yahudi atau Nasrani itu adalah lebih baik. Oleh kerana itu baik kamu mati secara Yahudi atau Nasrani". Begitulah antara rayuan yang akan didengar oleh orang yang nazak.
Dalam keadaan yang sangat dahaga, orang yang nazak tentulah inginkan air dan sanggup membayar dengan harga yang tinggi jika dia mampu. Pada ketika ini syaitan berusaha memusnahkan iman seorang mukmin.
Maka syaitan yang menyamar tadi mendatangi di sekitar kepalanya sambil membawa semangkuk air lalu menunjukkan kepada si nazak tadi.
Maka orang mukmin itu berkata :"Berikan air itu kepadaku".
Lalu syaitan menjawab :"Katakanlah, tiada seorang yang berkuasa di alam ini, barulah aku memberi air kepadamu".
Bayangkan bagaimana keadaan kita....tertipukah kita ???
Kemudian, syaitan mendatangi sekitar tapak kaki orang mu’min tadi sambil mengerakkan mangkuk berisi air.
Lalu kata mukmin tadi : "Berikan air itu kepadaku".
Syaitan menjawab : "Katakanlah bahawa Rasulullah dusta, barulah aku berikan air ini kepadamu".
Alangkah malangnya orang menyahut permintaan syaitan itu, pasti nerakalah habuannya angkara terlalu dahaga tertipu juga akhirnya, keluarlah ia dari dunia dalam keadaan KAFIR. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang celaka ini.
Hal ini pasti terjadi sebagaimana yang pernah diriwayatkan bahawa Abu Zakaria ketika menghadapi sakaratul maut. Rakannya berulangkali menyerunya mengucap dua kalimah syahadah. Tapi sayang, Abu Zakaria memalingkan mukanya, lalu diulang sekali lagi, beliau tetap berkelakuan serupa. Kali yang ketiga, maka Abu Zakaria berkata : "Aku tidak akan mengucapkannya".
Binggunglah seluruh teman dan ahli keluarga. Kemudian dia tersedar dan kedua matanya terbuka lalu berkata : "Adakah kalian mengatakan sesuatu kepadaku"
Mereka menjawab : "Ya, tetapi engkau memalingkan mukamu sebanyak dua kali". Kali ketiga engkau mengatakan : "Aku tidak mengucapkannya".
Kemudian Abu Zakaria menceritakan : Iblis mendatangiku sambil membawa semangkuk air yang diletakkan di sebelah kananku sambil menggerakkan mangkuk.
Ia berkata kepadaku : "Apakah engkau memerlukan air"
Lalu saya berkata : "Ya memang".
Seterusnya iblis berkata : "Katakanlah bahawa Isa anak Allah".
Maka saya berpaling dari arahnya.
Kemudian dia mendatangi aku dari kaki sambil berkata kepadaku seperti tadi sebanyak 3 kali.
Kemudian dia berkata lagi : "Katakanlah, tidak ada tuhan".
Lalu aku mengatakan : "Aku tak akan mengatakannya".
Iblis itu terus membalingkan mangkuk di atas bumi dan mengambilnya semula lalu pergi dengan penuh kekecewaaan.
Saya tetap menolak ajakan iblis itu sambil berkata : "Aku tidak akan mengikuti kamu semua".
Tuesday, August 10, 2010
Salam Ramadhan Al Mubarak..SKS9 Mari berpuasa dan beramal
Buat anak-anak murid SKS 9 yang Muslim dan sedang belajar berpuasa..sabar yer...jangan lupa sahur...jom tengok slide ni khas untuk anda yang sedang belajar berpuasa ;)
Mari kita beribadah di bulan Ramadhan..
IKHLAS DARIPADA : GURU-GURU & UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKS9
Mari kita beribadah di bulan Ramadhan..
IKHLAS DARIPADA : GURU-GURU & UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKS9
Salam Ramadhan Kepada Semua Warga SKS 9
FADHILAT PUASA RAMADHAN
Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.
Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
IKHLAS DARIPADA: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKS 9
Monday, August 9, 2010
Sunday, August 8, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)