Saturday, August 14, 2010

Tazkirah Ramadhan: TIPU DAYA SYAITAN SEMASA SAKARATUL MAUT



Semasa manusia menghadapi sakaratul maut, syaita-syaitan datang lalu menyamar menyerupai orang-orang yang sangat dicintai oleh orang yang nazak tadi, tetapi mereka itu telah mati seperti ibu, bapa atau abangnya yang telah mati.

Syaitan yang menyamar tadi duduk di kiri dan kanan manusia sambil berusaha keras untuk menyesat dan mengodanya.

"Mungkin engkau akan mati sebentar lagi, kami telah mengalaminya terlebih dahulu. Kami merasakan mati sebagai Yahudi atau Nasrani itu adalah lebih baik. Oleh kerana itu baik kamu mati secara Yahudi atau Nasrani". Begitulah antara rayuan yang akan didengar oleh orang yang nazak.

Dalam keadaan yang sangat dahaga, orang yang nazak tentulah inginkan air dan sanggup membayar dengan harga yang tinggi jika dia mampu. Pada ketika ini syaitan berusaha memusnahkan iman seorang mukmin.

Maka syaitan yang menyamar tadi mendatangi di sekitar kepalanya sambil membawa semangkuk air lalu menunjukkan kepada si nazak tadi.

Maka orang mukmin itu berkata :"Berikan air itu kepadaku".

Lalu syaitan menjawab :"Katakanlah, tiada seorang yang berkuasa di alam ini, barulah aku memberi air kepadamu".

Bayangkan bagaimana keadaan kita....tertipukah kita ???

Kemudian, syaitan mendatangi sekitar tapak kaki orang mu’min tadi sambil mengerakkan mangkuk berisi air.

Lalu kata mukmin tadi : "Berikan air itu kepadaku".

Syaitan menjawab : "Katakanlah bahawa Rasulullah dusta, barulah aku berikan air ini kepadamu".


Alangkah malangnya orang menyahut permintaan syaitan itu, pasti nerakalah habuannya angkara terlalu dahaga tertipu juga akhirnya, keluarlah ia dari dunia dalam keadaan KAFIR. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang celaka ini.


Hal ini pasti terjadi sebagaimana yang pernah diriwayatkan bahawa Abu Zakaria ketika menghadapi sakaratul maut. Rakannya berulangkali menyerunya mengucap dua kalimah syahadah. Tapi sayang, Abu Zakaria memalingkan mukanya, lalu diulang sekali lagi, beliau tetap berkelakuan serupa. Kali yang ketiga, maka Abu Zakaria berkata : "Aku tidak akan mengucapkannya".

Binggunglah seluruh teman dan ahli keluarga. Kemudian dia tersedar dan kedua matanya terbuka lalu berkata : "Adakah kalian mengatakan sesuatu kepadaku"

Mereka menjawab : "Ya, tetapi engkau memalingkan mukamu sebanyak dua kali". Kali ketiga engkau mengatakan : "Aku tidak mengucapkannya".

Kemudian Abu Zakaria menceritakan : Iblis mendatangiku sambil membawa semangkuk air yang diletakkan di sebelah kananku sambil menggerakkan mangkuk.

Ia berkata kepadaku : "Apakah engkau memerlukan air"

Lalu saya berkata : "Ya memang".

Seterusnya iblis berkata : "Katakanlah bahawa Isa anak Allah".

Maka saya berpaling dari arahnya.

Kemudian dia mendatangi aku dari kaki sambil berkata kepadaku seperti tadi sebanyak 3 kali.

Kemudian dia berkata lagi : "Katakanlah, tidak ada tuhan".

Lalu aku mengatakan : "Aku tak akan mengatakannya".

Iblis itu terus membalingkan mangkuk di atas bumi dan mengambilnya semula lalu pergi dengan penuh kekecewaaan.

Saya tetap menolak ajakan iblis itu sambil berkata : "Aku tidak akan mengikuti kamu semua".

IKHLAS DARIPADA UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SKS9 : Semoga kita sama-sama dipermudahkan menyebut kalimah Syahadah ketika malaikat maut datang menemui kita..Amin..