Saturday, March 27, 2010
Program Maju Diri 2010, SKS 9, Shah Alam , Selangor
Tarikh : 26 mac 2010
Masa : 7.30 pagi
Tempat : SK Seksyen 9, Shah Alam
Sasaran : Murid tahun 4 hingga 6
Program Maju Diri ini merupakan salah satu pendekatan dan diharapkan dapat memberikan sesuatu yang bermakna kepada para pelajar untuk menghadapi pelajaran, kehidupan seharian dan haluan masa depan mereka. Dengan pendedahan dalam kursus yang diberikan diharap pelajar akan dapat mendedahkan potensi diri dan membina keyakinan diri yang tinggi bagi menghadapi pelajaran. Selain dari itu mereka juga dapat menyuntikkan semangat baru antara satu sama lain bagi mengubah sikap, sahsiah, penampilan diri dan dalam hal menghadapi peperiksaan.
Pada hakikatnya setiap pelajar mempunyai potensi diri. Seringkali potensi tersebut terselindung dan akhirnya terkubur. Keadaan ini berlaku apabila persekitarannya tidak dapat membantu pelajar itu mengenali dan meneroka malah membunuh potensi tersebut. Pada akhirnya pelajar itu akan melihat dirinya serba kekurangan. Hasil daripada konsep kendiri yang lemah itu maka tercetuslah pelbagai permasalahan yang sukar diatasi oleh dirinya sendiri. Lantaran itu juga, ianya akan mengarah kepada ketidakkeyakinan diri dan seterusnya memperlihatkan seseorang itu tidak berkeupayaan. Oleh itu, pelajar perlu diberikan input yang berbentuk peningkatan keintelektualan bagi memberi keyakinan yang tinggi terhadap diri mereka.













