Tuesday, March 2, 2010
Program Permuafakatan Ibubapa Tahun 6 & Majlis Jalinan Kasih
Tarikh : 20 Februari 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 Ptg
Ibu bapa telah diwariskan oleh Allah s.w.t dengan suatu tugasan serta tanggungjawab penting kearah mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang. Setiap ibubapa berhasrat untuk menjadikan anak-anak mereka sejahtera dan bahagia, berjaya dan berguna. Di samping itu mereka sendiri mahu menjadi ibu bapa yang berkesan dan berjaya.
Kejayaan dan kebahagiaan anak-anak adalah harapan bagi setiap ibubapa. Walaupun begitu, ramai di antara mereka tidak dapat memenuhi segala impian tersebut. Sungguhpun mereka dahulunya mungkin tidak dapat mengecap kebahagiaan , dan kurang pula kemampuan untuk memberikan kebahagiaan kepada anak-anak, mereka tetap ingin mendidik anak-anak untuk mencapai kejayaan yang lebih baik dari mereka.
Ibu bapa tidak mahu melihat anak-anak mewarisi kegagalan dan penderitaan. Segala doa dan usaha mereka ialah untuk anak-anak berjaya, cemerlang di dunia dan di akhirat.
Demi memenuhi hasrat ini maka Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama guru tahun 6 telah menganjurkan program yang bermunafaat ini untuk kebaikan semua pihak. Ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh seorang ustaz yang telah ditaja oleh Puan Munirah Mohammad iaitu ibu kepada seorang murid tahun 6. Di dalam program ini juga disertakan sekali taklimat oleh guru tahun 6 mengenai matapelajaran dan Program Jalinan Kasih ( Mento-mentee )













