Thursday, April 1, 2010

Kaunseling Berfokus Akademik - Katagori HALUS


Kaunseling berfokus perlu dijalankan oleh semua guru bimbingan dan kaunseling disemua sekolah. Modul kaunseling berfokos terbahagia kepada 3 bidang iaitu bidang akademik, disiplin dan PPDa. Bidang akademik pula terbahagi kepada 2 iaitu katagori cemerlang dan katagori halus. Bidang disiplin pula terbahagi kepada katagori ponteng, tingkahlaku devien, salah laku seksual, gaduh, buli dan vendelisme. Bidang PPDa pula terbahagi kepada dua iaitu merokok dan dadah.

Guru bimbingan dan kaunseling perlu menggunakan modul yang telah diberikan sebagai panduan mengikut kesesuaian katagori murid.